Sunday, November 25, 2012

Mengapa Novel Cinta Paling Laris


Tuan Mat Jan, semasa menyampaikan bengkel sai-fainya Sabtu lalu, beliau mengemukakan faktor-faktor di sebalik fenomena mengapa novel cinta menjadi buku Melayu yang paling laris jualannya.

Kajian yang beliau jalankan di kedai-kedai buku utama mendapati kejayaan novel cinta Melayu adalah kejayaan yang di luar kebiasaan dalam erti kata ia adalah kekecualian.

Bagi sektor buku Inggeris dan buku Cina yang dijual di kedai-kedai utama, novel romance tidak menjadi buku paling laris jualannya. Bagi kedua-dua bahasa itu, pengarang-pengarang paling terkenal pun bukan pengarang novel-novel romance.

Mengapa novel cinta menjadi buku yang jualannya paling laris dalam sektor buku Melayu adalah disebabkan buku-buku lain tidak ada. Demikianlah hasil kajian Tuan Mat Jan.
hahaha :)

No comments:

Post a Comment