Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Wednesday, December 12, 2012

Budak paling pandai!!


              


Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling ***** di dunia”
Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”
Mamak: “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya
Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”
Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.
Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu *****. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”
Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.
Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”
Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”
Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Sunday, December 2, 2012

kesan buruk kafein O.o


Apa itu kafein
Kafein adalah bahan kimia aktif  jadi yang terdapat dalam daun, atau biji tumbuhan. Kafein mempunyai rasa  yang sangat pahit. Kafein banyak terdapat dalam minuman terutamanya kopi, teh dan coklat. Apabila diambil, kafein akan meransang sistem saraf manusia, lalu meningkatkan kepekaan, memberikan tenaga tambahan dan tahan mengantuk.

mai secawan! :)

Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang berlebihan, akan memberi kesan.

Antaranya:

Menyebabkan badan kehilangan kalsium. 

Sekiranya pengguna mengalami tekanan, atau mengalami penyakit gugup, pengambilan kafein akan meningkatkan lagi kesan tekanan dan gugup tersebut.

Badan  menjadi penat dan lesu, 

kencing yang kerap. 

Dan sekiranya penagih kafein tegar ingin mengurangkan pengambilan kafein, fenomena-fenomena yang mungkin dialami adalah:

sakit kepala
kepenatan
panas baran

Jadi macam mana? Kafein ini baik atau buruk??

Allah sentiasa ada untuk kita :)

Walau tak ada ORANG sayang kita tapi ALLAH ada dekat DI HATI kita

walau tak ada ORANG cinta kita tapi ALLAH sentiasa KASIHI kita


walau tak ada ORANG tolong kita tapi ALLAH ada LINDUNGI kita


walau tak ada ORANG rindu kita ALLAH tetap TUNGGU kita


walau tak ada ORANG jaga kita tapi ALLAH sentiasa PERHATIKAN kita


walau tak ada ORANG dengan kita tapi ALLAH ada TEMANKAN kita

untuk saya!