hahahahaha
disini saya nak kongsi resepi kek kegemaran saya. tak lain tak bukan mesti lah red velvet cake!!
disini saya nak kongsi resepi kek kegemaran saya. tak lain tak bukan mesti lah red velvet cake!!
haha. kek ni sedap sangat tau. saya pernah buat sekali. tapi tak
jadi sangat...ermmm..
Bahan-bahan
Kek (Sila guna penyukat khas)
2 1/2 cup tepung kek (1 cup
tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya
dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
1 sudu kecil serbuk penaik diayak
2 sudu besar serbuk koko tanpa
pemanis (biasanya guna van houten)
2 oz pewarna merah (kalau xtau
sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
1/2 cup butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur pada suhu bilik
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2
sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk pada suhu bilik.
kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium
bikarbonat/baking soda
Buttermilk
1 cup (240 ml) susu kotak full
cream
sama ada 1 3/4 sbesar cream of
tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
Cream cheese frosting
2 buku cream cheese, dilembutkan
1/2 cup butter dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2
sudu kecil esen vanila
2 cup gila icing, diayak. kalau
xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup
Cara-cara
BUTTERMILK: campurkan tartar atau
cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum
guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh
jugak. Ikut mane yang sesuai.
KEK: sapukan butter pada 2 loyang
bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada
suhu 170 darjah celsius.
Ayakkan bersama tepung kek dan
serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan
serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
Dalam satu bekas besar, pukul
butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian
masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula
sambil memukul.
Perlahankan mixer, masukkan 1/3
daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk,
pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan
kemudian kesemua tepung yang tinggal.
Campurkan cuka dengan baking soda
dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek
dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
Bakar pada suhu 170 darjah
celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan
lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
Sejukkan kek selama 10 minit
sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak
frosting.
CREAM CHEESE FROSTING: Pukul
butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula
icing dan esen vanila.
Untuk letak frosting, terbalikkan
kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian
rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi,
bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
Kek ni sedap kalau dah masuk
dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.
No comments:
Post a Comment