Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Nora Elena

assalamualaikum korang. aku nak tanya ni. korang pernah tengok drama nora elina tak? mesti la pernah kan.. sebenarnya, drama tu diadaptasi daripada novel kasih yang suci ditulis oleh Meen Zulaikha. so, sesiapa yang malas nak tengok cerita dia yang panjang berjela tu boleh la baca novel dia. :)

nilah novelnya

Saturday, December 29, 2012

Ombak Rindu

Hai korang. Ni haaa novel ombak rindu. Siapa tak baca lagi sila baca ye.


ombak rindu
Sinopsinya:
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.


Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Doktor Cinta


ini lah dia novel paling tebal yang pernah aku baca. huh, tak larat rasanya nak abiskan baca novel ni. tapi cerita dia yang agak menarik tu telah berjaya menarik perhatian aku. haha disini aku nak kongsi sinopsis dia yang agak panjang.


inilah novelnya


Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana. 

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya. 

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.


Thursday, December 27, 2012

cucur bawang kopi o

cucur bawang?? tu bukan nama makanan ke?? macam mana boleh jadi tajuk novel? peliknya. haha
apapun novel ni memang best. ianya mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama rudiana yang mencuri cucur bawang milik seorang penjaja..dari situ lah dia mula berkenalan dan jatuh cinta dengan seorang pemuda. kalau nak tahu lebih lanjut baca sendiri la.


Harry Potter

assalamualaikum semua. Disini saya ingin memaparkan atau lebih tepat membongkar kisah novel bersiri iaitu Harry Potter. novel harry potter ni best sangat tau. novel ni ditulis oleh J.R ROWLING.. erm..siapa kenal J.R ROWLING ni? saya pon tak kenal. haha..takpe, yang penting novel dia best sangat!!



Monday, December 24, 2012

twilight versi melayu

hello semua
haaa..post ni khas untuk semua peminat novel twilight yang ditulis oleh stephenie meyer. Ada satu berita gembira untuk korang semua. novel ni telah pon diadaptasikan ke dalam bahasa melayu. mesti best kan? harga dia pon taklah mahal sangat RM29.66 je.. ala, kalau nak dibandingkan dengan buku yang original lagi mahal. so, kira ok la kan? hehe


Sunday, November 25, 2012

Mengapa Novel Cinta Paling Laris


Tuan Mat Jan, semasa menyampaikan bengkel sai-fainya Sabtu lalu, beliau mengemukakan faktor-faktor di sebalik fenomena mengapa novel cinta menjadi buku Melayu yang paling laris jualannya.

Kajian yang beliau jalankan di kedai-kedai buku utama mendapati kejayaan novel cinta Melayu adalah kejayaan yang di luar kebiasaan dalam erti kata ia adalah kekecualian.

Bagi sektor buku Inggeris dan buku Cina yang dijual di kedai-kedai utama, novel romance tidak menjadi buku paling laris jualannya. Bagi kedua-dua bahasa itu, pengarang-pengarang paling terkenal pun bukan pengarang novel-novel romance.

Mengapa novel cinta menjadi buku yang jualannya paling laris dalam sektor buku Melayu adalah disebabkan buku-buku lain tidak ada. Demikianlah hasil kajian Tuan Mat Jan.
hahaha :)

Wednesday, November 21, 2012

Buku paling Tebal di dunia

Siapa yang akan baca buku ni???????




seorang lelaki bernama Rob Mathew telah membuat buku setebal 5000 muka surat. Rob dikatakan membuat rinkasan artikel dari wikipedia kemudian mencetak dan menjilid buku tersebut.




tinggi buku ini mencapai 47.5 sentimeter, padahal Rob hanya mengambil 0.01% sahaja sumber dari seluruh artikel yang terdapat dalam wikipedia.

Tuesday, October 16, 2012

Novel Pertama Saya !! :)


Adam dan Hawa merupakan novel pertama yang saya baca.. Novel ini mengisahkan tentang kehidupan Adam dan Hawa yang penuh konflik. novel ini juga telah diadaptasi menjadi sebuah drama.

Novel bersiri yang telah di'movie'kan'



Novel bersiri ini terdiri daripada empat buah novel yang bertajuk Twilight, New Moon, Eclipse, dan Breaking Dawn.. Mengisahkan tentang konflik percintaan antara manusia, pontianak dan juga serigala jadian.. Filem hasil daripada terjemahan novel ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton. :)

Friday, October 5, 2012

Siapakah Penulis Novel Pertama Di Dunia??

penulis novel pertama di adalah seorang perempuan bangsawan Jepun bernama Murasaki Shikibu yang menulis novel pertama di dunia berjudul Kisah Ss Genit. kisahnya sendiri menceritakan tentang jejaka yang mencari cinta dan kebijaksanaan. versi terjemahan bahasa inggerisnya mencapai sehingga 54 bab dan lebih dari 1000 halaman.